Pekerja Maut Tersepit Pada Mesin Pengisar Kertas


Seorang pekerja maut setelah tersepit di mesin pengisar kertas di sebuah kilang kertas yang terletak di Simpang Ampat kira-kira jam 5.00 pagi tadi.

Mangsa seorang lelaki tempatan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sungai Bakap. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari mesin tersebut dilakukan oleh Pasukan bomba (BBP Sungai Bakap) diketuai oleh PB Surizan bin Abdullah.


Turut sama membantu pasukan mekanikal dari kilang tersebut. Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan yang selanjutnya.

Kredit: PPgB Mohd Rosmaidi bin Baharuddin (Ketua Balai, BBP Sungai Bakap)