Bayi Dibunuh Dengan Kejam


Sumber gambar: Facebook Besut Riuh

Terkilan melihat sekujur tubuh bayi yang dikelar oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan lebih kejam dari binatang. Jika bayi yang dibunuh ini adalah hasil dari perbuatan zina, 2 dosa telah dilakukan iaitu berzina dan membunuh. Sungguh kejam manusia pada zaman ini.


Jika diimbas kembali mengapa perkara ini berlaku. Satu sahaja jawapan yang tepat iaitu kita menolak hukum Allah SWT. Jika kita melaksanakan hukum Allah SWT iaitu hudud nescaya perkara seumpama ini tidak akan berlaku. Sekarang kita lihat manusia sudah kembali ke zaman jahiliah dengan pergaulan bebas tanpa batasan, berdua-duaan dengan pasangan tanpa nikah, bunuh-membunuh dan sebagainya.


Sudah dikatakan bahawa "Jauhilah Zina" tetapi mengapa manusia tetap melakukannya? Ini kerana nikmat melakukan yang haram adalah satu kepuasan berbanding melakukan perkara yang baik. Namun, jika manusia menganggap zina ini satu kebiasaan, tunggulah sampai satu saat balasan azab dari Allah SWT akan menimpa sesuatu kaum.



Berbalik kepada bayi yang dibunuh dengan mengelar anggota badan ini, saya menganggap manusia sekarang sudah tidak berakal dan tidak boleh berfikir halal dan haram. Renunglah sejenak, inikah amalan yang akan kita bawa apabila mahu berjumpa dengan Allah SWT nanti? Sama-samalah kita mendidik keluarga dan masyarakat untuk menjauhi maksiat seperi zina, pergaulan bebas, minum arak, dadah dan sebagainya.


Previous Post Next Post