Pelbagai taktik digunakan oleh scammer untuk membuat penipuan masyarakat dengan menyamar sebagai polis, peguam, pegawai bank dan sebagainya. Berhati-hati jika menerima panggilan dari individu yang tidak dikenali. Sebelum melakukan traksaksi sila semak kesahihan laporan atau isu yang dibangkitkan oleh scammer untuk menjerat mangsa. AWAS..scammer ada di mana-mana sahaja.
Baca coretan Suhaini Mohd Yusof menceritakan bagaimana scammer ingin menperdayakan mangsa. Berhati-hati.
Baca juga Block Scammer dan Spammer Guna Truecaller
=====================================================================
Banyak kali ada nombor tak dikenali ni call. Ingatkan ada urgent ke apa. Bila jawab...
“Assalamualaikum.. ni suhaini ke?”
“Ya saya .. siapa ni ya “
“Ala.. takkan tak ingat kot.. ni akak la.. kak ayu..”
Aku yg hanya ada kawan nama kak ayu ni 2 ketoi je.. yang rapat la kan... sorg kak ayu kerja uob bank sorg kerja cikgu...
Ok aku saja layankan...
“Haaa.. ni kak ayu ocbc bank kat kl tu eh??”
Dia pun jawab... “iye dik.. ingat pun ko kat akak ni kan.. iye akak la ni” jeng.. jeng.. jeng..
“Eh kenapa pakai nombor lain ni kak.. saya tak save pulak nombor ni.. “
“ ohh akak ada dua nombor dik..ehh akak nak tanya ni.. berminat tak nak dapat dana percuma dari BN? Ni peruntukan khas untuk puteri umno ni.. ada bla.. bla.. bla... (macam2 la angka dia sebut) .. ada dua je lagi kekosongan.. kalau dapat ni.. tak payah bayar balik tau.. sebab ni memang bN saja nak bagi untuk pancing undi punya peruntukan.. daripada bagi begitu ja.. kita tukarkan kepada bagi untuk peniaga2.. berbaloi sikit kan buat modal tambah2... adik nak tak?”
Aku masa ni.. biasalah memang teruja!! Haha.. wow xyah bayo balik tu.. tapi macam pelik sangat je ni.. takkan nak bagi begitu je kan.. dah mula rasa sangsi.. tapi macam biasa.. sambil berhati2 kita layankan sajalah..
“Kalau saya berminat.. nak kena sedia dokumen apa2 ke..?”
“ ish.. tak payah dik.. tak payah apa2 pun.. sbb nanti diorg akan issuekan cek atas nama adik.. tapi itulah proses utk issue cek tu.. sbbkan nak buh nama sendiri.. ada banyak pula borang nak isi dan dokumen nak sediakan.. tapi takpa.. akak boleh settlekan semua ni sebab akak ada orang dalam tau.. dia boleh bikin punya...cuma iyalah kan. Pakai orang dalam kena la bayo sikit”
Ewah2 kemain pula dia ya.. nak pakai orang dalam dan kena bayar? Well macam biasa keterujaan masih diteruskan sbb aku nak tau lanjut juga ni..
“Berapa tu kak nak bagi kawan akak tu? Berapa lama boleh release dana yang Bn nak bagi tu kak? Lepas sy buat bayaran kat org dalam tu..?”
“Tak banyak pun dik... dana ni ada dua pakej..
RM34,000 atau RM78,000? Jika 34k tu adik bayar rm2800 kalau yang 78k tu adik bayar rm3800... akak dah amik dik satu ni.. akak amik rm78k punya.. berbaloi sikit bayar rm3800 kan.. sekejapan je nanti cek atas nama adik kawan akak tu siapkan.. so nak tak!??.. ramai menunggu ni tapi akak saja pilih adik dlu.. “
Waooooh!! Mmg buntang mata telinga dengar amount dan janji manismu kak.. aku pun kata
“nantilah kak saya nak tanya husben dlu.. sebab saya ni dana selalu pun dari dia.. saya lepak2 je abiskan dana dia ni.. (haha ketawa macam harem) “
“Wow adik ni mesti suami jenis laki kaya berduit eh? Takpa2 tanya je dlu.. kalau adik amik ni.. dapatla buat poket dia pun kembung skali tau dik.. tak rugi pun.. boleh beli keta cash lagi.. nanti call akak cepat2 tau apa keputusannya sbb akak takut nanti melepas awk dik.. “
Terus letak fon.. sbb aku tau dah ni.. awak ni bukan kak ayu pun kan.. awk ni kak zetty gila dulu tu kan? Yang aku terbank in duit utk pakej bercuti bangang dlu kan.. phuiii!!!
Tapi orang macam ni memang tak kan putus asa kan.. dia call berkali2 juga lagi.. aku kan baik budi pekerti.. jawab juga dan kata baik2 “takpa kak takmau.. suami tak bagi kak.. “ (nak je aku sambung .. insaf2lah kak buat kerja haromm gini) 😓
Untuk puaskan hati ... aku siap call dua orang kenalan aku yang nama “kak ayu” ni tanya diorg memang pakai nombor lain ke? Dua2 pun kata takdelah.. mana ada memang pakai nombor yang aku save tu saja.. haaa nampak tak modus operandi mereka ni..
Suhaini takkan terkena lagi la weiii!!
Walaupun hampir juga tadi percaya
Korg pun hati2lah ya.. takdanya duit senang2 orang nak bagi.. nak berak kat tandas awam pun bayo tau! tandasnya pun bukan cun sangat.. pftt!!