Tindakkan Liyana Adnan dianggap tidak releven dan tidak profesional serta tidak mencerminkan beliau sebagai seorang engineer. Liyana Adnan juga sanggup melabelkan bekas guru beliau sebagai seorang yang suka curi tulang dianggap tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar.
Liyana Adnan yang mempunyai blog iaitu luvlylya.blogspot.com/ telah memadamkan blog beliau kerana blog beliau dikecam oleh semua pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau. Sepatutnya Liyana Adnan tidak perlu membuat penyataan yang menyinggung semua guru di Malaysia termasuk saya. Penyataan yang ditujukan ini juga tidak menjaga sensitiviti guru di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan Liyana Adnan perkataan "guru" adalah sangat meluas iaitu merangkumi orang yang memberi tunjuk ajar, mendidik, mengajar dan sebagainya. Guru, ustaz, ustazah, pensyarah, tutor dan sebagainya dianggap juga guru. Sanggup Liyana Adnan mengutuk semua guru Liyana dari Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Matrikulasi dan Universiti. Persoalannya tidakkah Liyana Adnan mengenang budi semua guru yang mengajarnya???
Diharap Liyana Adnan tampil membuat maaf secara terbuka melalui sidang akhbar bagi meredakan ketegangan yang berlaku yang telah ditimbulkan oleh beliau.
p/s: perompak, penjahat n sebagainya tidak sanggup mengutuk gurunya, ini lain cerita dengan engineer..Sanggup mengutuk guru kerana pangkat yang besar...fikir-fikirkanlah...
"Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan ikhtibar"
Quote dari blog Liyana Adnan
assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh
masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan
setakat aku je rasa menda ni.
kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.
"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup,
memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar
semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku
nak tekankan adalah...
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu
1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot,
tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk
pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu)
selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau
nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam,
7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus
overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku
banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang
tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!
2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada
annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk,
untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji
masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la
cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee
Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni
sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang
guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi
baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.
3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online,
bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang
paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen
sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat
sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je
yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk
budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang
dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara
keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi
student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add
maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu
masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda
seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila
cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la
manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni'
blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti
masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji
banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau
kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni
fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau
kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada
kat sekeliling kita. "
mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber
multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu,
aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti
dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat
setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and
tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard
ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai
kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun
student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan
yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan
markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so
what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi
tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu
terbaik..padahal.......!@#$%^
banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para
cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..
aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu
disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan
tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi
rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya
keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela
nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang
bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing
menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak
yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang
guru.
kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop
main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan
bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement
bagai...jadilah cikgu yang terbaik...
isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..