Liyana Adnan: Minta Perhatian - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Saturday, September 1, 2012

Liyana Adnan: Minta Perhatian

Lontaran panas yang telah dibuat oleh Liyana Adnan kepada semua guru di Malaysia secara umumnya dan seluruh dunia secara amnya banyak mengundang persoalan dalam minda kita semua. Persoalannya mengapa Liyana Adnan berdendam dengan guru, mengapa disanggup melakukan sedemikian, tidak waraskah beliau dalam hal-hal ini...

Secara kasarnya Liyana Adnan seorang engineer hanyalah seorang insan yang suka membuat provokasi dengan mencetuskan huru-hara supaya semua guru di Malaysia bengang. Ini adalah satu taktik yang digunakan oleh orang yang tidak bertamadun dalam menjatuhkan profesion keguruan di Malaysia.

Tindakkan yang berani ini dianggap tidak berprofesional dengan membuat perbandingan secara tidak jelas. Jika kita lihat di negara luar, guru dipandang tinggi tetapi di Malaysia sebaliknya. Mungkin betul pepatah orang tua mengatakan "bodoh tak boleh nak ajar, cerdik tak boleh nak tumpang". Pepatah ini mungkin sesuai digunakan kepada Liayana Adnan yang tidak mengenang budi jasa guru-guru beliau. Mungkin saya tidak pernah menjadi guru Liyana Adnan, tetapi apa perasaan guru yang mengajar Liyana Adnan apabila lontaran yang tidak elok diberikan oleh beliau kepada semua guru-gurunya...

Apa yang terbaik, diharap Liyana Adnan membuat maaf secara terbuka. Mungkin guru-guru akan memaafkan kamu...

1 comment:

  1. ye, semoga allah ampunkan, biarpun saya tak sampai setahun jagung dalam kerjaya ini, sikit pun x terlintas dalam hati saya untuk mengeluh bebanan kerja ini, sebab saya tau kerja ini untuk mencapai syurga Allah di akhirat kelak

    ReplyDelete