eMadani - Cara Daftar dan Tebus RM100

 emadani



Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Syarat Kelayakan e-Madani

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

emadani RM100


Penyedia Perkhidmatan e-Dompet 

  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • TNG eWallet

Cara Mohon dan Tebus e-Madani RM100

  1. Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  2. Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi  e-dompet tersebut.
  3. Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
  4. Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
  5. Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

emadani rm100

Pemohon program ini juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) melalui pautan https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan program eMadani

Previous Post Next Post