Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya

soalan temuduga

Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, semua orang pernah melalui sesi temuduga. Sama ada diterima bekerja atau pun tidak, sesi temuduga tetap perlu ditempuhi oleh semua orang. Tiada perbezaaan yang ketara antara sesi temuduga kerja kerajaan mahu pun swasta. 

Jika anda mencari apakah soalan-soalan yang sering ditanya semasa sesi temuduga, artikel ini sangat sesuai untuk anda. Teruskan membaca... 

Tips temuduga ini hanyalah merupakan panduan am kepada sesiapa yang akan berhadapan dengan sesi temuduga. Tips ini juga boleh digunakan sebagai garis panduan untuk anda bersedia dengan lebih baik sebelum menempuhi sesi temuduga.  

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya semasa sesi temuduga ialah;

Ceritakan latar belakang diri anda

Soalan ini adalah soalan lazim yang biasa ditanya oleh majikan atau panel penemuduga sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Ini adalah peluang kepada anda untuk menceritakan tentang diri anda dan apa yang kekuatan yang ada pada diri anda yang boleh anda sumbangkan pada pekerjaan yang dimohon.

Semasa sesi ini, ringkaskan pengalaman anda berkaitan dengan jawatan yang dimohon. Sentiasa yakin semasa melontarkan kata-kata serta menyampaikan maklumat dengan lancar dan jelas. 

Jawatan apa yang dimohon

Apabila ditanya tentang jawatan apa yang dimohon semasa sesi temuduga pastikan anda menceritakan skill atau kemahiran yang anda ada dan ceritakan bagaimana pengalaman atau kemahiran anda dapat menyumbang kepada syarikat tersebut

Sebagai contoh, anda perlu menjawab "Saya mempunyai kemahiran sistem komputer yang baik seperti yang dibuktikan dalam pekerjaan sebelum ini sebagai pegawai teknologi maklumat, oleh itu saya mampu menyumbang sesuatu kepada syarikat tuan".. 

Sebab anda ingin bekerja di syarikat ini

Soalan ini sering juga ditanya semasa sesi temuduga bagi menguji tahap motivasi anda untuk bekerja di sesebuah syarikat. Sebelum sesi temuduga pastikan anda membuat sedikt ulangkaji berkaitan dengan suarikat, bidang tugas yang dimohon dan sebagainya supaya anda boleh menyumbang sesuatu keapda syarikat tersebut . 

Disamping itu juga, tunjukkan komitmen dan semangat anda untuk mencapai matlamat dan dasar syarikat menggunakan kemahiran yang anda ada.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url