Jawatan Kosong di MAIK

jawatan kosong maik


Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD  dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mempelawa warganegara Malaysia  (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut:-

  • Pegawai Tadbir (Pegawai Pematuhan) N41
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19

Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) perlulah dilakukan seperti tatacara berikut; 

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3AgymXH
  2. Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3np2BFn) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME  dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
  3. Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
  4. RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:

  • Maklumat Diri
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Pengalaman Kerja 
  • Rujukan

Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan


ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.


Untuk maklumat lanjut berkaitan iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan bolehlah klik link di bawah

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah 10 Disember 2022


Sumber: MAIK

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url