Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022

Berdasarkan laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semua pemohon yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM yang berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.

Skim Khairat Kematian
Infografik: LHDN

Skim Khairat Kematian (SKK) 

Skim Khairat kematian adalah wang sedekah atau sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian. 

Jika berlaku kematian pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 waris layak membuat tuntutan khairat kematian seperti berikut 

  • Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak

Syarat Kelayakan SKK

 Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.

Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK

Wakil Yang Layak Tuntut SKK


Wakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK. Hubungan wakil yang layak adalah
  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak (Anak Kandung, Anak Tiri ,Anak Angkat)
  • Adik-Beradik

Kaedah Tuntutan SKK

Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Skim Khairat Kematian
Infografik: LHDN

Sumber/ Infografik : LHDN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url