Pertandingan Mewarna Minggu Sains Negara 2022

 Agensi Angkasa Malaysia - MYSA dalam postingan facebook mengajak semua pelajar yang berumur 5 hingga 12 tahun untuk menyertai pertandingan mewarna sempena Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022.  

Pertandingan mewarna sempena Minggu Sains Negara 2022 bertemakan “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” dengan kerjasama rakan strategik, Balai Seni Negara sebagai juri profesional dan akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian.

Pertandingan mewarna ini terbahagi kepada tiga (3) kategori pelajar di sekolah rendah iaiyu

  • Kategori A (5-6 tahun)
  • Kategori B (7-9 tahun)
  • Kategori C (10-12 tahun)

Kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan mewarna ini bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan mewarna  melalui laman web rasmi MYSA iaitu https://www.mysa.gov.my/pertandingan-mewarna-msnkm2022/

Sebarang pertanyaan bolehlah whatsapp dan email ke nombor di bawah. 

Sumber: MYSA - Facebook

Minggu Sains Negara 2022


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url