Cara Report Seller di Shopee Yang Menipu

Shopee...Siapa tak kenal shopee kan? Iaitu platform online shopping yang menjadi fenomena ketika ini. Shopee menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana transaksi perniagaan yang lebih selamat dan mudah. Tambahan lagi shopee memberi peluang kepada peniaga diluar untuk menjual secara online di platform shopee secara percuma.

Banyak Scammer di Shopee

Walaupun kita seronok dengan pembeliaan secara online di shopee, namun kita tidak dapat lari dengan masalah scammer yang menipu pelanggan dengan menjual perkhidmatan dan barangan yang tidak wujud. Malahan ada yang terkena, item yang dapat tidak sama seperti yang diiklankan.

Itulah yang terjadi kepada saya pada hari ini. Selama saya menggunakan shopee untuk membeli barangan, ini adalah kali ke-tiga saya di scam. Kali pertama dan kedua mungkin saya dapat maafkan tetapi kali ini ia menaikkan kemarahan saya.

Saya telah membeli sebuah jam dan 2 tali jam semasa sale 9.9. Pada hari ini barangan yang saya order telah sampai namun mengecewakan apabila saya discam iaitu jam yang dipesan rosak dan tidak berfungsi. tambah menyedihkan jam yang saya dapat seperti jam mainan. Manakala tali jam yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan. 

Walaupun harga jam dan tali jam itu tidaklah mahal tetapi kes penipuan ini membuatkan saya sedikit terkilan. Saya harap Shopee lebih berhati-hati untuk membenarkan scammer menjual di platform Shopee ini. Mungkin shopee boleh membuat tapisan yang ketat kepada seller diluar sana untuk menjual di platform ini. Bayangkan jika scammer menipu 100 orang setiap hari? Berapa keuntungan yang akan diperolehi oleh mereka?

Saya harap, netizen yang membeli di shopee lebih berhati-hati sebelum membeli barang di shopee bagi mengelakkan diri ditipu oleh pihak scammer, Untuk keselamatan, baca dahulu review item yang ingin dibeli supaya tidak discam seperti saya. Walaubagaimanapun, saya telah report akaun seller tersebut supaya selepas ini tiada lagi penipuan yang akan mereka lakukan. 


Cara Report Seller Yang Menipu

Antara cara untuk report akaun seller yang scammer ialah

1. Buka akaun seller tersebut. Klik icon tiga titik

scam


2. Klik Report This User

scam


3. Pilih tujuan untuk report seller. Saya memilih scam. 



scam


4. Tambah info yang lain untuk dilaporkan


scam


5. Klik Submit dan selesai. Kita tunggu siasatan pihak shopee


scam




2 Comments

Previous Post Next Post