Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Exam Online Pembantu Tadbir N19 (Pengkeranian / Operasi)

 

pembantu tadbir n19



TAHNIAH kepada calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) bagi jawatan Pembantu Tadbir N19. Calon yang berjaya menduduki exam online ini, sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki PSEE pada 25 Ogos 2021 ini nanti.


Buat persediaan sebaik mungkin. Anda tak banyak masa dah. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Speed-up terus. Kalau bawak kereta tu terus gear TURBO!


Anggap ni peluang terakhir dari pihak SPA untuk anda. Ramai lagi yang isi borang SPA8i tapi tak dapat panggilan. Anda dapat! Mungkin 'next cycle' anda dah tak dipanggil. Manfaatkan peluang ni dengan menjawab sehabis baik. 


Rujukan Exam Pembantu Tadbir N19



Pada kali ini, exam Pembantu Tadbir N19 dengan format penilaian hanya 2 Seksyen sahaja iaitu 
  • Daya Menyelesaikan Masalah
  • Kefahaman Bahasa Inggeris

Daya Menyelesaikan Masalah


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.

Diharap rujukan ini boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Persediaan Sebelum Menduduki Exam 


Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Pembantu Tadbir N19? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah

  • membuat persediaan yang rapi
  • membuat rujukan yang tepat
  • mempunyai keyakinan yang tinggi
  • berdoa dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Pembantu Tadbir N19




Tiada jaminan untuk anda lulus. Tapi inshaAllah ianya akan membantu anda. Semak di web perkongsian calon lain sebelum anda.


Biar calon lain LEKA + OVERCONFIDENT tapi tak jumpa rujukan ni. Anda jumpa. Terus ambil peluang. Buat semua latihan dan nota-nota dalam ebook ini;


Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir N19


Pembantu Tadbir N19 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


pembantu tadbir n19



Post a Comment for "Exam Online Pembantu Tadbir N19 (Pengkeranian / Operasi)"