Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cocuk Drama Bersiri Turki (Anak)

Cocuk Turkish Series


Bagi peminat drama atau movie dari Turki, drama bersiri Cocuk atau dalam Bahasa Melayu "Anak" adalah sebuah drama yang wajib ditonton. Drama bersiri Cocuk mula ditayangkan pada 9 September 2019 melalui channel youtube . Walaupun drama bersiri ini telah ditayangkan sejak 2019, admin baru sahaja selesai menonton drama ini. 


Drama bersiri Cocuk ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Akca telah memberi anaknya kepada keluarga Kerasu untuk dijaga oleh Sule. Sule, iaitu menantu keluarga Karasu telah kehilangan anaknya selepas bersalin. Ibu mertua Sule iaitu Asiye Karasu menyerahkan anak Akca kepada Sule untuk dijadikan anak angkat.


Namun, keadaan berubah sepenuhnya apabila Sule mengharapkan bayinya sendiri dan Sule sudah tidak mahu menjadi ibu kepada Efe lagi selepas Sule mempunyai anak kandung sendiri. Pada masa itu, keadaan menjadi sukar bagi anak angkatnya iaitu ‘Efe’. 


Hasan yang merupakan bapa kandung kepada anak Akca, Efe, mengetahui bahawa Efe adalah anaknya telah berusaha mendapatkan anaknya kembali dari keluarga Karasu tetapi Akca tidak bekerjasama dengan Hasan. Dalam drama Cocuk ini pelbagai konflik kekeluargaan ditonjolkan. 


Selepas menonton drama Cocuk ini, saya boleh simpulkan bahawa drama ini sangat menarik. Saya beri 4.5 bintang daripada 5 bintang kepada drama ini. Sedikit komen saya tentang drama Cocuk ini,

Watak


Pemilihan watak-watak dalam drama ini adalah sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kekeluargan. Semua pelakon memainkan watak dengan berkesan. Watak yang dilakonkan oleh barisan pelakon hebat sangat berjaya memainkan watak masing -masing terutamanya watak yang dilakonkan oleh Ismail Hacioglu sebagai Hasan Cetin

Hasan Cetin dalam drama ini walaupun kelihatan ganas dan jahat tetapi dalam hatinya mempunyai sifat penyayang kepada keluarga  dan sahabat. Ini ditunjukkan apabila Hasan berusaha mendapatkan hak jagaan Efe apabila mengetahui Efe adalah anak kandung beliau.

Bagi watak perempuan, yang paling menonjol adalah Asiye Karasu iaitu ibu kepada Hasan Cetin, Ali Kemal dan Murat Karasu. Pelbagai konflik telah berlaku antara Asiye dengan anaknya serta Akca dan Hassan disebabkan rahsia yang telah disimpan sekian lama iaitu tentang pembunuhan ayah Hasan, Ali serta rahsia bahawa Hasan adalah anak Asiye bersama Ali. 

Antara pelakon-pelakon dalam drama bersiri Cocuk ini ialah 

  • Merve Cagiran sebagai Akca Yilmaz
  • Ismail Hacioglu sebagai Hasan Cetin
  • Nazan Kesal sebagai Asiye Karasu
  • Serhat Teoman sebagai Ali Kemal Karasu
  • Ceyda Ates Toplusoy sebagai Sule Karasu
  • Kenan Acar sebagai Murat Karasu
  • Nimet Iyigun sebagai Emine Yilmaz
  • Okday Korunan sebagai Osman Sahin
  • Mehmet Emin Guney sebagai Efe Karasu
  • Selda Aktuna sebagai Melek Sahin
  • Aylin Aras sebagai Ayse Sahin
Cocuk Turkish Series



Tempat penggambaran


Tempat-tempat dalam penggambaran drama Cocuk ini tidak lah begitu banyak hanya beberapa tempat sahaja seperti di kediaman Asiye Karasu, bengkel Hasan, rumah Akca, sekolah Efe dan sebagainya.  


Jalan cerita drama Cocuk


Jalan cerita drama Cocuk ini saya rasa sangat menarik. Perkembangan cerita sangat berjaya. Walaupun drama Cocuk dianggap sebagai drama kekeluargaan, bagi saya drama ini adalah drama aksi + romantik komedi kerana ada juga unsur kecindan (lawak) diselitkan yang dapat menghiburkan peminat. Penutup cerita drama ini mungkin boleh ditambah baik kerana watak Asiye Karasu dan Murat pada penghujung cerita tiada sehingga kan saya tertanya-tanya di mana mereka.


Ok, itu sahaja review saya tentang drama Cocuk pada kali ini. Kepada sesiapa yang belum lagi menonton drama Cocuk sarikata Bahasa Inggeris, boleh lah tonton drama ini di youtube. Tahniah kepada semua team drama Cocukdi atas kejayaan menghasilkan drama yang berjaya.




Post a Comment for "Cocuk Drama Bersiri Turki (Anak)"