Panduan Ujian Psikometrik 2021

Ujian SPiER dan Psikometrik 2021


Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, diwajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini dalam skop yang lebih terarah.


Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.


Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu. 


Apa itu ujian psikometrik?


Ujian Psikometrik banyak digunakan dalam menapis calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam. Ujian ini telah dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), ianya wajib diambil oleh semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA


Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam panduan peperiksaan psikometrik, kaedah penilaian yang holistik digunakan bagi tujuan menilai beberapa aspek untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Antara aspek yang dinilai ialah

  • Sikap
  • Pengetahuan
  • Kompetensi
  • Kemahiran 


Di antara kaedah ujian yang digunakan


  • Ujian psikometrik
  • Ujian pengetahuan 
  • Kemahiran kerja
  • Ujian kompetensi 
  • Temu duga.


Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).


[Baca] Panduan Peperiksaan Psikometrik SPA


Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.


Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian - SPA


Rujukan SPiER dan Psikometrik 2021


Rujukan psikometrik 2021 yang telaah disediakan bagi membantu calon-calon sebagai panduan untuk menjawab soalan secara online.  


Ribuan calon dah lulus dan kini masa untuk anda pula! Rujukan PSIKOMETRIK ini khusus untuk ujian tahun ini dan khusus untuk anda.


>>RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK<<


Ujian SPiER dan Psikometrik 2021


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url