Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi

perbadanan keretapi


Untuk makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah  dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di  Perbadanan Aset Keretapi, Kementerian Pengangkutan Malaysia


Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

  • Penolong Jurutera Elektrik
  • Pembantu Tadbir

Penolong Jurutera Elektrik - 1 Kekosongan


SYARAT LANTIKAN
  1. Kelayakan Akademik : Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal yang diiktiraf oleh
    Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya; 
  2. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun
    pengalaman berkaitan. 

DESKRIPSI TUGAS 

Bertanggungjawab membantu; 
  • Menyelaras isu-isu projek yang berkaitan aset keretapi; 
  • Menguruskan perkara berkaitan projek; 
  • Memantau projek pembangunan RAC; 
  • Menyediakan laporan kemajuan projek;
  • Urusetia mesyuarat dalaman dengan pihak ketiga


Pembantu Tadbir - 1 Kekosongan


SYARAT LANTIKAN
  1. Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membantu:
  • Menguruskan perkara berkaitan rekod dan fail;
  • Menguruskan berkaitan pengurusan am pejabat;
  • Menguruskan berkaitan perkhidmatan pelanggan; dan
  • Menguruskan kenderaan Jabatan.


Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 

Cara Membuat Permohonan


Permohonan jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi perlulah dilakukan secara online melalui laman rasmi  Perbadanan Aset Keretapi  atau melalui pautan di bawah 


MOHON ONLINE


Syarat Kelayakan Memohon


Syarat kelayakan dan tata cara memohon untuk memohon jawatan seperti yang dinyatakan ialah

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
  3. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM


Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi ialah pada 29 Julai 2021 pukul 12 tengah  hari.  


Previous Post Next Post