Apa itu Google Lens?
Google Lens adalah satu aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi seperti membuat terjemahan, menyalin teks pada gambar, membeli belah dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak tahu membaca dalam bahasa mandarin, kita boleh menggunakan Google Lens untuk menterjemah bahasa secara live atau offline.
Apa yang boleh dilakukan oleh Google Lens?
Terjemahan: Kita boleh membuat terjemahan dengan mengarahkan telefon ke arah teks pada objek dan memilih terjemahan bahasa seterusnya terjemahan akan terpapar di depan mata kita.
Memilih Teks: Kita boleh menyalin teks pada gambar atau objek dengan menfokuskan google lens pada gambar atau objek tersebut. Sebagai contoh kita boleh menyalin hasil tulisan murid dalam buku latihan dan pindahkan ke dalam telefon dengan menfokuskan kamera pada buku tulis murid tersebut
Pencarian Teks Pintar: Fokuskan Google Lens pada objek. Jika terdapat teks pada objek tersebut, Google Assistant akan menunjukkan hasil carian seperti teks yang telah kita fokuskan tadi.
Membeli-belah: Sekiranya anda melihat dan menfokuskan Google Lens pada objek yang anda sukai semasa berbelanja, Google Lens dapat mengenal pasti objek dan artikel berkaitan objek tersebut. Ini berfungsi untuk membuat pilihan membeli-belah yang berkaitan. Sebagai contoh jika anda fokuskan kamera pada air freshner, google lens akan mencadangkan air freshener dan dimana kita boleh membeli produk tersebut.
Cari di sekitar anda: Sekiranya anda mengarahkan kamera di sekeliling anda, Google Lens akan mengesan dan mengenal pasti persekitaran anda seperti mengenal pasti jenis jenis tanaman, baka kucing peliharaan dan sebagainya.
Cara Translate Text Guna Google Lens
1. Download Google Lens pada playstore
2. Fokuskan kan kamera pada gambar yang mempunyai bahasa yang kita tidak fahami atau pilih gambar yang mempunyai bahasa yang kita tidak fahami.
3. Pilih bahasa untuk diterjemahkan
4. Terjemahan telah selesai