Perbezaan Antara Insurans MRTT Dan MLTT

MRTT ialah Mortgage Reducing Term Takaful. MRTT adalah produk insurans Takaful yang direka khas untuk menyediakan sokongan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total permanent disability (TPD) atau kematian. - Sumber propertyguru.com

Manakalaa MLTT pula ialah Mortgage Level Term Takaful. MLTT juga direka untuk memberikan jaminan kewangan kepada keluarga anda, sekiranya terjadi kes kematian atau kecacatan kekal.

Walau bagaimanapun, jumlah yang dilindungi oleh MLTT akan kekal sepanjang tempoh pelan insurans diambil – itulah yang dimaksudkan dengan ‘Level Term Takaful’

Kedua-duanya iaitu MRTT dan MLTT adalah produk insurans Takaful yang melindungi anda sekiranya terjadi sebarang kecacatan serius atau kematian.

Jom sama-sama baca apakah perbezaan antara MRTT dan MLTT yang dikongsikan oleh Naim Azhar menerusi facebook.

Perbezaan Antara Insurans MRTT Dan MLTT - Naim Azhar

Untuk pengetahuan anda, bank selalunya akan menawarkan MRTA/MRTT untuk perlindungan loan rumah anda. Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? Jawapannya adalah tidak wajib.

Walaupun tidak wajib,bank sebagai pemberi pinjaman ,mereka berhak untuk ‘secure’ pinjaman yang diberikan. Salah satu sebab yang paling utama, MRTA/MRTT adalah lebih selamat pada pihak bank kerana bayaran untuk plan ini dibayar sekali sahaja atau dimasukkan bersama loan anda.

*MRTA/MRTT*

Kita ambil contoh kisah Ashraf. Saya sendiri pun tak kenal Ashraf ni. Beli rumah dengan pinjaman RM500k. Ambil MRTA/MRTT dengan harga RM15k, boleh dibayar lumpsum atau dimasukkan ke dalam loan.

Yang pastinya,ramai orang diluar sana malas nak fikir,masukkan saja sekali dengan loan.Nah,bayar sekali dengan interest.

Tempoh pinjaman 30 tahun. Andaikan berlaku kematian pada Ashraf pada tahun ke 15 bayaran pinjaman.Baki loan RM250k lagi di bank akan diselesaikan oleh pihak insuran.Selesai dan hanya dapat sebuah rumah.

*MLTA/MLTT*

Si Jamil Membuat pinjaman loan rumah RM500,000 dan mengambil MLTT perlindungan untuk loan RM500,000 dengan bayaran bulanan RM250/sebulan.

Tempoh pinjaman Jamil adalah 30 tahun.

Pada tahun ke 15, Jamil meninggal.

Isteri beliau akan menerima pampasan MLTT berjumlah RM500,000 + cash value (nilai simpanan semasa)

Baki loan RM250,000 lagi akan diselesaikan melalui Pampasan RM500,000 + cash value. Selepas ditolak hutang loan, baki di tangan isteri adalah RM250,000 + cash value (simpanan).

mrtt vs mltt

Kredit artikel - Naim Azhar

Kredit Infografik - HartaBumi

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url