Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB

Program Rumah Mesra Rakyat  ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


Syarat Kelayakan Memohon Rumah Mesra Rakyat 


  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan


rumah mesra rakyat


Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 


Langkah 1: Buka laman web https://rmr.spnbonline.com.my/

Langkah 2: Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran

Langkah 3: Log in ke halaman utama menggunakan email dan kata laluan yang diberikan semasa membuat pendaftaran

Langkah 4: Lengkapkan borang permohonan online, klik selesai pendataran dan cetak borang permohonan

Langkah 5: Hantar borang permohonan yang dicetak berserta dengan dokumen sokongan kepada Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

#Borang Permohonan RMR juga boleh didapati di Cawangan SPNB 


Dokumen Sokongan Yang diperlukan


  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar


# Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A


# SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa


Info Tambahan Rumah Mesra Rakyat SPNB


Laman Rasmi - KLIK SINI

Risalah RMR - DOWNLOAD

Sumber: SPNB




Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url