Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Cara Scan Soalan Guna Clear Scanner

Clear Scanner sangat menjimatkan masa dan memudahkan kita untuk membuat pelbagai imbasan buku, soalan dan sebagainya
Admin
clear scanner

Alhamduilillah kerana diberi kesempatan lagi untuk memberi tutorial yang tidak seberapa. Sudah lama tidak menulis kerana kesibukkan yang melanda tambahan lagi mengajar di rumah lebih sibuk berbanding mengajar di sekolah.

Sebenarnya tutorial ni sudah banyak dikongsikan melalui media sosial dan pelbagai platform yang lain. Walaupun bagaimana saya tetap menulis perkongsian ini untuk diri sendiri dan jika bermanfaat untuk semua boleh lah share.

Pada hari ini saya ingin kongsikan Cara Scan Soalan Menggunakan Clear Scanner. Pelbagai aplikasi scanner boleh dimuat turun melalui Play Store dan menyediakan kualiti scan yang baik. Asalkan kita pandai memilih aplikasi, InsyaAllah kita akan dapat imbas soalan dengan kualiti yang baik.

Bagi saya, saya lebih suka menggunakan aplikasi Clear Scanner kerana kualiti imbasan setanding dengan menggunakan scanner printer. Menggunakan aplikasi Clear Scanner sangat menjimatkan masa dan memudahkan kita untuk edit gambar. 

Selain itu, cara menggunakan aplikasi ini amatlah mudah. Hasil imbasan yang dilakukan menggunakan aplikasi ini sangat baik. Kualiti sangat terjamin. Bagi cikgu-cikgu yang ingin mencuba bolehlah memuat turun aplikasi ini melalui Play Store

clear scanner

Cara Scan Soalan Menggunakan Clear Scanner

#1 Buka aplikasi Clear Scanner



#2 Klik butang kamera dan imbas soalan, seterusnya adjust border pada soalan yang kita mahu, klik simpan



#3 Hasil imbasan akan terpapar, jika kita puas hati boleh klik simpan di bawah. Jika mahu edit semula hanya tekan BACK sahaja. 



Selepas selesai imbasan, kita boleh kongsi dokumen dalam format PDF melalui pelbagai platform sama ada email, whatsapp, telegram dan pelbagai lagi. Saya lebih senang kongsi melalui telegram kerana senang dipindahkan kepada laptop untuk di print.

Cikgu-cikgu boleh lah cuba. Jika bermanfaat jangan lupa #share

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.