Bekerja dalam sektor awam menjadi idaman bagi kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru menamatkan pengajian di peringkat sekolah, kolej mahupun universiti.
Bekerja di sektor awam bukan menjamin seseorang menjadi kaya, namun kepuasan menjadi penjawat awam untuk memberi khidmat bakti amat menjadi pilihan setiap inividu. Tidak dinafikan bahawa bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri.
Untuk menjadi penjawat awam, pelbagai tapisan perlu dilalui oleh setiap calon yang bermula dengan peperiksaan dan akhirnya temuduga. Proses temuduga adalah sangat penting dalam sektor kerajaan kerana mereka perlu memilih calon yang benar-benar layak memegang jawatan yang diperlukan.
Sebab Calon Gagal Temuduga
Ramai calon gagal dalam temuduga kerja kerajaan kerana tidak membuat persediaan yang baik dan rapi sebelum memasuki fasa temuduga. Antara sebab calon gagal dalam temuduga kerajaan ialah,
- Langsung tidak membuat persediaan rapi untuk ditemuduga
- Tidak berpakaian mengikut syarat yang dinyatakan
- Bersikap pasif ketika proses temuduga (tidak bersemangat semasa sesi temuduga)
- Datang lewat ketika hari temuduga
- Dokumen yang diperlukan tidak lengkap
- Tidur lewat di malam sebelum hari temuduga
- Tidak benar-benar mengetahui tentang jawatan yang dipohon
- Tidak tahu tentang perkembangan isu semasa
- Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan
Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan
Calon yang gagal dalam temuduga tidak kira temuduga di sektor awam atau swasta perlu bertindak segera untuk memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan yang ada dalam diri sebelum memasuki fasa temuduga terutamanya bagi pemohon lepasan pengajian.
Calon temuduga kerja kerajaan usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan, tips dan rujukan yang dapat membantu anda untuk lebih yakin dalam sesi temuduga. Dapatan Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan sebagai panduan kepada anda lulus sesi temuduga.
Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan panduan sebelum, semasa dan selepas sesi temuduga. Tiada jaminan untuk anda lulus temuduga jika anda tidak membuat persediaan. Tapi inshaAllah ianya akan membantu anda jika anda mencuba.