bandar bahagia

10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019. Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac.Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat.

Oleh yang sedemikian, PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia. 

Melalui Kajian Indeks Kebahagiaan, PLANMalaysia telah mengenalpasti 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun 2019 iaitu:
.
  • 2 Bandar terletak dalam kawasan pentadbiran PBT bertaraf Bandaraya;
  • 6 bandar di kawasan PBT bertaraf Perbandaran; dan
  • 2 bandar lagi di kawasan PBT bertaraf Majlis Daerah

Antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun 2019 yang telah dinilai oleh PLANMalaysia berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan, iaitu:

Senarai 10 Bandar Paling Bahagian Di Malaysia 2019


  1. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah;
  2. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu;
  3. Majlis Bandaraya Seremban;
  4. Majlis Perbandaran Kulai;
  5. Majlis Perbandaran Taiping;
  6. Majlis Perbandaran Kuantan;
  7. Majlis Perbandaran Bentong;
  8. Majlis Perbandaran Jasin;
  9. Majlis Daerah Yan; dan
  10. Majlis Daerah Jeli.


Indeks Kebahagiaan


Mekanisme mengukur tahap kesejahteraan penduduk lebih menyeluruh merangkumi aspek-aspek berkaitan persekitaran, penempatan serta kesihatan mental dan fizikal. 

Indeks kebahagiaan merupakan salah satu indikator yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi beberapa komponen utama iaitu, 

Komponen menilai indeks kebahagiaan


Antara komponan yang dilihat adalah, 
  1. Tahap kehidupan dan kesihatan;
  2. Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
  3. Keseronokan bekerja;
  4. Pengurusan kewangan;
  5. Hubungan dengan jiran;
  6. Aktiviti bersama komuniti;
  7. Keselamatan kawasan kediaman;
  8. Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
  9. Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
  10. Kualiti alam sekitar.
Sumber: PLANMalaysia

1 Comments

  1. Tahniah kepada bandar-bandar kawasan tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post