Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Cara Bayar Zakat Fitrah Online MAIK

Cara membuat bayaran zakat fitrah secara online melalui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Admin
Alhamduilillah kerana diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Walaupun ibadat puasa kita sedikit berbeza pada tahun ini, insyaAllah semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. 

Sedar tidak sedar, bulan ramadan sudah ke penghujungnya. Rasa sedikit sedih kerana bulan ramadan sudah ingin meninggalkan kita. Walaupun bulan ramadan pada kali ini sedikit berbeza, namun diharap kita dapat menempuhi dugaan dan cabaran hingga ke penghujung ramadan.

Sudah sedia maklum bahawa, pembayaran zakat fitrah atau pun zakat harta boleh dilakukan secara online kepada majlis agama setiap negeri masing-masing. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit info kepada sesiapa yang tidak tahu untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara online.



Pada tahun ini, saya membayar zakat fitrah di Kelantan melalui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK) secara online kerana saya sudah berpindah ke Kelantan sejak awal januari yang lalu. Jom baca cara membayar zakat fitrah secara online 

Cara Bayar Zakat Fitrah Online MAIK


Langkah 1: Buka laman web MAIK
Langkah 2: Klik eZakat Payment


Langkah 3: Isi Maklumat Pembayar, Butir Pembayar dan Maklumat Zakat seterusnya klik Bayar Sekarang

Langkah 4: Selesai dan boleh simpan atau print resit untuk simpanan


Semoga perkongsian tentang Cara Bayar Zakat Fitrah Online MAIK memberi manfaat kepada semua. 

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.