Permohonan Semak Semula Keputusan SPM


Permohonan Semak Semula Keputusan SPM. Minggu lepas keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah diumum. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya. Yang kurang bernasib baik, mungkin boleh berusaha lagi dalam bidang-bidang kemahiran yang lain.

Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan semak semula keputusan SPM bolehlah membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

Permohonan semak semula keputusan SPM boleh dilakukan dengan cara
  1. Melalui aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan (muat turun di Google Play Store)
  2. Melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan 
  3. Melalui borang penyemakan semula yang boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya
  4. Melalui pos


Sila layari pautan Lembaga Peperiksaan ini untuk maklumat lanjut. Semoga ada sinar kebahagian kepada pelajar-pelajar yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan SPM 2019 nanti.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url