Massive Open Online Course (MOOC)


Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice. Commonwealth of Learning (COL) Canada menawarkan kursus Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice bermula 1 Mac 2020 (Ahad) sehingga 28 Mac 2020 (Sabtu)

Kursus percuma selama 4 minggu yang disediakan oleh pihak COL dengan kerjasama Athabasca University ini adalah terbuka kepada semua guru dan golongan pendidik professional yang pernah mempertimbangkan pelaksanaan amalan blended learning practice di dalam bilik darjah atau sebarang program atas talian.

Pelaksanaan kursus ini juga dilengkapi dengan buku panduan mengenai blended learning dimana kajian semula pelbagai jenis blended learning yang merujuk kepada tahap pendidikan, keperluan pelajar, dan mata pelajaran yang diajar turut disediakan.

Tempoh pembelajaran bagi kursus tersebut adalah lebih kurang 5 jam seminggu. Ianya akan dikendalikan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris oleh dua orang tenaga pengajar dari  Athabasca University di Alberta, Canada iaitu Profesor Martha Cleveland-Innes and Dan Wilton.

Tiada syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon kursus ini. Calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di SINI (Klik ENROL IN THE COURSE di muka surat ini) atau daftar terus di SINI

Sumber: KPM
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Fikri
    Fikri فبراير 21, 2020

    We should definitely keep studying no matter what age we are especially in the field that we are working on. This is a great course for everyone! As a renovation contractor who has a lot of knowledge for handyman services, I also keep improving myself from time to time. Great post.

Add Comment
comment url