Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Apa Itu COVID-19 (Novel Coronavirus)

Admin
Infografik: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema sehingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-CoV, SARS-CoV. Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia (Sumber: KKM)

Infografik: KKM

Apa Itu COVID-19


COVID-19 (Coronavirus 2019) adalah strain baru coranavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan. - (KKM)

Gejala COVID-19


Beberapa gejala COVID-19 yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang boleh dijadikan ukuran bagi seseorang yang mungkin terkena jangkitan antaranya ialah;


  • Deman
  • Batuk
  • Sukar bernafas


Cara Mencegah COVID-19


Beberapa cara telah disarankan oleh World Health Organization (WHO) untuk mencegah COVID-19 dari terus merebak, diantaranya ialah;


  • Kerap mencuci tangan
  • Menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin
  • Masak daging dan telur dengan sempurna
  • Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala


Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19



Kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara yang dilanda wabak COVID-19 ini perlulah merujuk ke hospital dan klinik kesihatan dengan kadar segera supaya wabak ini dapat dibendung dari terus menular.

Selain itu juga, rakyat Malaysia diingatkan supaya mendengar infomasi dari masa ke semasa dari sumber yang sahih iaitu KKM tentang penularan wabak ini. Diharap semua rakyat Malaysia tidak menyebarkan berita-berita palsu yang boleh menimbulkan panik di kalangan rakyat Malaysia.

Tambahan lagi, rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi mencegah penularan wabak ini dengan lebih cepat.

Baca Perintah Kawalan Pergerakan

Akhir sekali terima kasih kepada semua barisan hadapan KKM, Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat dan lain-lain  yang bertungkus lumus dalam menangani wabak ini dari terus merebak.


Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.