Buat Sendiri Perangkap Nyamuk Mesra Alam


Semalam terbaca perkongsian  melalui facebook tentang cara membuat perangkap nyamuk yang mesra alam menggunakan bahan kitar semula. Bahan kitar semula seperti botol plastik ini sangat sesuai untuk membuat inovasi perangkap nyamuk ini.

Aktiviti membuat perangkap nyamuk ini boleh dijadikan sebagai aktiviti persatuan bersama dengan murid bagi mengurangkan dan menghalang pembiakan nyamuk di persekitaran sekolah. Inovasi perangkap nyamuk yang mesra alam ini sangat mudah disediakan dan menjimatkan kos.

Antara bahan-bahan dan perlatan yang diperlukan untuk menghasilkan perangkap nyamuk ini ialah botol plastik, 50gm gula/ gula perang, yis dan 200ml air panas.

Cara Membuat Perangkap Nyamuk





  1. Potong botol plastik kepada 2 bahagian seperti gambar di atas
  2. Kacau gula perang/gula bersama air panas sehingga sebati dan biarkan sejuk. 
  3. Apabila sebatian tersebut sudah sejuk, masukkan ke dalam botol yang telah dipotong tadi, kemudian masukkan yis kedalam botol tersebut. Yis dimasukkan bertujuan untuk menghasilkan karbon dioksida yang dapat menarik nyamuk
  4. Balut botol plastik tersebut dengan kain yang berwarna hitam supaya dapat menarik nyamuk kerana nyamuk suka persekitaran yang gelap. 
  5. Letakkan botol tersebut di sudut-sudut bahagian rumah atau di tempat-tempat yang banyak nyamuk.


Perangkap nyamuk juga boleh dihasilkan dengan menggunakan stokin yang tidak dibasuh seperti gambar di bawah




Semoga perkongsian ini memberi infomasi kepada semua dalam menyediakan perangkap nyamuk yang mesra alam dan menjimatkan duit.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url