Resepi Ayam Bakar Kenny Rogers

shares


Resepi Ayam Bakar Kenny Rogers oleh Cik Pooja. Hari ni Kicktory nak kongsi resepi ayam bakar kenny rogers yang sedap yang dikongsikan oleh Cik Pooja. Kalau korang peminat kenny rogers, mungkin resepi sesuai untuk korang mencuba di rumah tambah-tambah sekarang bulan puasa ni. Jom cuba.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Bakar


💜1ekor ayam(cuci bersih)
💜2labu bwg beso
💜7ulas bwg putih
💜2inci halia
💜2sb pati Oren sunquick(yg dalam botoi tu)
💜1senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
💜3sb majerin(cairkan atas api)
💜1biji ubi kentang(rebus empuk)
💜1ketui kiub pati ayam
💜1sk garam
💜2sb gula pasir

Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional la. Tak nak letak pon tak apa, ayam tetap sedap dan sexy.


Cara Penyediaan


Semua bahan-bahan ni blend dengan sedikit air (suku cawan air je)

Dah kisar semua....perapkan dengan ayam.

Cikpooja perap 2jam sebelom bako..lagi lama perap lagi sedap.

Pas tu bakar suhu 200° 45 minit sampai masak...
Api atas bawah.

Ikut pada oven masing2 la yea.

Cikpooja suka yg crunchy diluar lembut juicy didalam...sbb tu letak suhu tinggi.

Sekian..
Selamat mencuba

Kredit: Cik Pooja

Related Posts

0 Comments:

Post a Comment