Template Pelaporan PBD Dual Language Programme (DLP)

shares


Template Pelaporan PBD Dual Language Programme (DLP). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian pelajar. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran pelajar, dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD juga dapat
mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan

Muat turun Template Pelaporan PBD Dual Language Programme (DLP) untuk pelaksanaan pentaksiran di dalam bilik darjah.

Template Pelaporan PBD DLP KSSR Semakan 2017 Sekolah Rendah


Template Pelaporan PBD DLP KSSM Semakan 2017 Sekolah Menengah


Template Pelaporan DLP KSSR Sekolah Rendah

Semoga perkongsian Template Pelaporan PBD Dual Language Programme (DLP) dapat memberi infomasi kepada semua guru-guru DLP dalam menjalankan pentaksiran bilik darjah (PBD).

Related Posts

0 Comments:

Post a Comment