Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2017


Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2017Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) bertujuan untuk memupuk murid yang mempunyai nilai etika dan kerohanian, bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan, menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid, dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD juga dapat
mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna.

Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun di Tahap I adalah untuk membolehkan guru memberikan lebih penumpuan terhadap PdP yang dapat membina karakter dan sahsiah murid dan amalan nilai rutin harian. Pelibatan ibu bapa juga penting dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bebas tekanan kepada murid di peringkat awal usia persekolahan.


Muat turun DSKP Semua Mata Pelajaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 4

Templat Pelaporan  PBD adalah khusus untuk kegunaan semua guru mata pelajaran  bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2019. Templat ini  membantu semua guru dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibubapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.

Muat turun template pelaporan PBD untuk kegunaan 2019 berdasarkan DSKP Tahun 3 Semakan 2017.

Template PBD KSSR (Semakan 2017) Tahun 3

  1. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA ARAB TAHUN 3
  2. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA CINA (SJKC) TAHUN 3
  3. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA CINA (SK) TAHUN 3
  4. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA IBAN TAHUN 3
  5. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA INGGERIS (SJK) TAHUN 3
  6. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA INGGERIS (SK) TAHUN 3
  7. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3
  8. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA MELAYU (SJK) TAHUN 3
  9. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA MELAYU (SK) TAHUN 3
  10. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA SEMAI TAHUN 3
  11. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA TAMIL (SJKT) TAHUN 3
  12. TEMPLAT PELAPORAN PBD BAHASA TAMIL (SK) TAHUN 3
  13. TEMPLAT PELAPORAN PBD MATEMATIK TAHUN 3
  14. TEMPLAT PELAPORAN PBD PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
  15. TEMPLAT PELAPORAN PBD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 3
  16. TEMPLAT PELAPORAN PBD PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 3
  17. TEMPLAT PELAPORAN PBD PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
  18. TEMPLAT PELAPORAN PBD SAINS (VERSI BAHASA INGGERIS) TAHUN 3
  19. TEMPLAT PELAPORAN PBD SAINS TAHUN 3
Baca 14 Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 

Semoga perkongsian tentang Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2017 memberi infomasi kepada semua guru dalam membuat penilaian PBD.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
أحدث أقدم