Berkhemah Bersama Si Nopal Anaknya Bahenol


Berkhemah Bersama Si Nopal Anaknya Bahenol. Beberapa hari yang lalu trending tentang karakter Si Nopal iaitu kartun animasi dari Indonesia. Lagu kartun animasi yang dinyayikan oleh Cute Girl iaitu “Berkemah, berkemah, berkemah bersama Si Nopal, Si Nopal, Si Nopal, anaknya Bahenol..” telah mendapat perhatian netizen terutamanya dari Asia.

Ketika ini, bait-bait lagu si nopal anaknya Bahenol masih bermain-main dibibir setiap lapisan masyarakat. Lagu yang dikatakan lucu ini dengan suara comel oleh Cute Girl  telah menjadi ikutan netizen. Ada juga artis-artis dan netizen memparodykan lagu tersebut sebagai hiburan kerana dikatakan sangat lucu.

Maksud Sebenar Bahenol

Namun, disebalik kelucuan lagu tersebut, ada masyarakat yang mempersoalkan bahawa maksud perkataan Bahenol adalah maksud yang tidak baik dan kurang sopan. Bagi menjawab isu perkataan yang kurang sopan ini, akhirnya pemilik asal animasi Si Nopal di Instastories menjelaskan bahawa maksud sebenar  perkataan ‘Bahenol’ ialah ‘chubby’. Manakala ‘Hiya hiya’ pula bermaksud ‘ketawa’.

Sumber: Si Nopal

Melalui penjelasan sebenar maksud Bahenol oleh pihak animasi si Nopal kita boleh simpulkan bahawa kedua-dua perkataan ini tidak membawa maksud yang kurang sopan. Baik buruk perkataan ini bergantung kepada penggunaan dalam sesuatu budaya mahupun bangsa.

Video klik sini 



Previous Post Next Post