Dibuang Keluarga Selepas Jatuh Miskin

shares

gambar hiasan

Hari ni dalam sajarah... Pertama kali aku naik grab, sembang dengan driver sampai driver menangis. Allahu Akbar...

Siang tadi aku pi KL sat atas urusan kerja. Sampai Airport Subang, macam biasa book grab utk ke tempat meeting. Memandangkan aku sampai Subang kol 12.20tgh hari, so aku terus book grab ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar utk solat Jumaat...

Driver grab ni seorang lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan 50an. Orangnya smart, bila mula bersembang aku dapat simpulkan dia ni educated dan knowledgeable dalam business & corporate world...

Bila dia sembang bab meniaga, korporat aku pun tokok tambah apa yg patut. Asalnya sekadar layan ja apa yg dia sembang sementara nak sampai ke destinasi...

Tiba2 dia bgtau kisah silam dia. Dia ni rupanya seorang bergelar "Datuk" dari Kerteh. Dulu dia seorang jutawan. Bisnes buat pelantar minyak dan kerja2 yang berkaitan oil & gas industry...

Masa kaya, akaun bank ada berjuta-juta. Apa anak isteri nak semua dia belikan. Katanya sekali supply besi utk binaan pelantar minyak kurang2 pun dalam RM15-20 juta...

Kereta mewah ada 5 buah. Rumah banglo ada di Pahang, Terengganu & KL. Anak 3 orang dan seorang isteri...

Tahun 2016, Allah uji dia dan keluarga dia. Dengan sekelip mata dia jatuh susah. Bisnes dia tak menjadi. Dah supply barang dan buat kerja payment tak dapat, rakan meniaga pulak tipu, supplier cari mintak payment, bank hantar notis saman sebab tak bayar loan dan macam2 lagi...

Kemuncaknya semua harta terpaksa dijual dan dilelong. Dia ada ambik lawyer untuk lawan tuntut bayaran dari pihak yg berhutang dengan dia, tapi kes bertahun tak selesai juga. Legal fee dan lebih RM100k. Akhirnya dia tak teruskan kes sebab xdak duit nak bayar legal fee...

Disebabkan habuk pun tak ada, akhirnya isteri dia minta cerai. Isteri kahwin lain dan anak2 ikut isteri. Sampai tahun lepas anak lelaki sulung dia kahwin pun, dia langsung tak dijemput. Kiranya hubungan dengan isteri dan anak2 terus terputus sejak jatuh miskin...

Katanya lagi hidup dia kini kosong. Isteri sendiri dan anak2 pun boleh lari. Kaum keluarga dan kawan2 apatah lagi. Pada mulanya dia pernah minta bantuan ahli keluarga, tapi dihalau. Minta bantuan rakan,  semua melarikan diri. Nak hutang dengan bank, bank reject...

Masa bagitau kisah family dia, dia mula menangis especially bila dia cerita tentang kegagalan dia mendidik isteri dan anak2. Dia cuma mampu bagi duit tapi bukan kasih sayang, didikan dan mengajak ke jalan Allah...

Perkara yang paling dia tak sangka dalam hidup, seorang isteri yang selama ini hidup bersama dengan dia lebih dari 20 tahun waktu senang boleh tinggalkan dia kerana kemiskinan. Anak kandung tak mengaku dia ayah. Keluarga sanggup buang dia sedangkan suatu ketika dulu apa yang ahli keluarga dan saudara mara dia nak, dia bagi..

Sekarang ni harta yang dia ada cumalah sebuah kereta Produa Axia untuk buat grab. Untuk berteduh,  dia cuma menyewa bilik RM200 sebulan di area Ara Damansara. Rutin hidup dia, bangun bawa grab dan pulang rehat di bilik sewa. Makan di warung atau kedai mamak. Pernah ketika tengah makan dia ternampak rakan lama bergelar Datuk juga, kelam kabut dia sembunyi sebab malu. Pernah juga beberapa kali nak ambik passanger di Airport Subang. Bila dah dekat, rupanya orang yang dia kenali maka terus dia memecut laju dan cancel trip. Semuanya kerana malu dan terasa dirinya terlalu hina. Hidup dia sangat kosong. Segalanya tiada. Katanya,  "Kalau bukan Islam jadi macam saya, confirm dah terus bangunan atau bunuh diri. Nasib baik saya tak sampai ke tahap itu"...

Dia kata kat aku, "Saya tak tahu sebab apa. Tapi encik ni macam ada aura yang menyebabkan saya kongsi semua ni. Encik customer pertama saya yang saya kongsikan kisah hidup saya. Saya bukan minta simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup. Encik masih muda. Manalah tahu kalau encik kaya suatu hari nanti, jangan jadi macam saya. Silap saya,  saya bela bini dan anak2 dengan duit tapi bukan dengan didikan agama dan kasih sayang. Itu yang dia orang tak pedulikan saya"..

Nak cerita panjang lagi. Cuma dipendekkan cerita, kata2 aku kat dia, "Saya tak tahu nak kata apa. Cuma saya doakan Allah bagi kekuatan kat Abang utk teruskan kelangsungan hidup Abang. Allah sebenarnya sayang Abang. Dia uji Abang dengan kesusahan supaya boleh kembali kepada Dia. Kalau Allah terus uji dengan kesenangan tak tahu bila kita akan ingat Allah dan kembali pada Allah. Maaflah, saya sendiri pun tak betul. Cuma bagi saya, bila takdak sesiapa bersama Abang, inilah peluang terbaik untuk Abang dekatkan diri dengan Allah. Keluarga tak sayang tapi Allah sayang Abang. Dia buka jalan seluas-luasnya untuk Abang dekatkan diri dengan Dia. Banyak bersabar dan berdoa. Doa sama untuk bekas isteri dan anak2. Insya Allah, saya doakan suatu hari nanti dia orang akan kembali pada Abang.  Paling penting dalam kita kalut bawa grab, solat kena jaga"...

Kisah macam ni kita selalu tengok dalam drama, tapi hari ni aku jumpa kisah yang real. Apapun moral of the story, sebagai suami atau  ketua keluarga, tanggungjawab kita bukan setakat cari duit tapi yang lebih utama mendidik dan memastikan isteri dan anak2 jadi insan yang bertakwa...

Credit to Azdy Mohd Arshad

Related Posts

0 Comments:

Post a Comment