Kelantan Perkenalkan Sistem Letak Kereta Elektronik - Web


Negeri Kelantan di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), akan memperkenalkan sistem letak kereta elektronik-web yang baru bagi mengantikan meter parking yang berwarna hijau seiring dengan kemajuan teknologi di Kota Bharu.

Kaedah pembayaran menggunakan sistem letak kereta elektronik-web yang baru ini boleh dilakukan dengan cara
  1.  Menggunakan syiling
  2. Touch n Go
  3. Aplikasi telefon pintar
Cara menggunakan mesin elektronik web ini
  1. Tekan butan
  2. Masukkan syiling
  3. Tekan nombor plat kereta
  4. Tekan butan dan tiket dikeluarkan
  5. Paparkan tiket di dashboard kereta
*kegagalan memaparkan tiket mungkin menyebabkan anda disaman.

Kepada pengguna yang mempunyai saman parking sebelum ini bolehlah mendapatkan diskaun pembayaran dengan harga RM5 sahaja mulai 11/10/2018 hingga 14/10/2018 di Booth MPKB di Ekspo Stadium.

Majlis pelancaran sistem letak kereta elektronik-web akan dilaksanakan pada 15 Oktober 2018 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dataran Bandar Raya Islam

Sumber: Mpkb


أحدث أقدم