Ada Kepakaran Menulis, Rugi Jika Tak Menulis Blog
Admin
Tadi terbaca status seorang blogger website pendidikan dalam facebook. Melalui perkongsian beliau, beliau menjana hampir $5000 melalui google adsense tak sampai setahun membina website niche pendidikan. Website yang dibina berumur tidak sampai setahun tetapi memperolehi pendapatan melalui google adsense yang lumayan terutamanya jika aktiviti blogging adalah aktiviti sampingan sahaja.
Kagum dengan beliau kerana dapat menghasilkan webcite niche pendidikan walaupun website niche pendidikan mempunyai kadar CPC yang rendah di Malaysia. Tambahan lagi niche pendidikan ada naik dan turun tetapi beliau berjaya hasilkan pendapatan sampingan yang lumayan.
Rugi bagi sesiapa yang ada pengetahuan dan kepakaran menulis perkara tentang makanan, pelancongan, destinasi travel (hotel, homestay), kesihatan, insuran, hartanah, kewangan dan niche-niche yang lain tetapi tidak mengambil peluang yang ada untuk menjana pendapatan sampingan dengan menulis blog atau website dan memulakan kerjasama dengan google adsense.
Selain itu, satu advantage jika penulis tahu menulis dalam Bahasa Inggeris dan menarik banyak pembaca dari seantero dunia kerana Bahasa Inggeris digunakan untuk lebih meluas. Jadi, pembaca dari negara luar akan membaca penulisan kita terutamanya tentang pelancongan.
Baca Kenapa Mesti Ada Blog?
Ada di antara kita hanya berkongsi info melalui facebook tapi tidak menjana duit melalui google adsense. Apa kata kongsi kepakaran kita melalui penulisan di blog dan linkkan ke facebook atau media sosial yang lain.
Bagi yang masih baru mesti tertanya-tanya apa itu Google Adsense. AdSense adalah program kerjasama periklanan melalui media internet yang diselenggarakan oleh Google. Melalui program periklanan AdSense, pemilik laman web atau blog yang telah mendaftar dan disetujui mereka dibolehkan untuk memasang unit iklan dihalaman masing-masing.
Pemilik laman web atau blog akan mendapatkan keuntungan dari Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pengunjung lamam web, yang dikenal sebagai sistem pay per click (PPC).