Manual Pengguna Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah


Templat Pelaporan Gabungan 2018 adalah khusus untuk kegunaan guru kelas atau guru tingkatan bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2018. Templat ini mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh murid dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Ia membantu guru kelas dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibubapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.

Selain itu templat gabungan ini membantu memudahkan pengurusan rekod perkembangan pembelajaran murid dengan hanya satu pelaporan mewakili semua mata pelajaran. Sehubungan itu juga memberi kemudahan untuk proses cetakan dan tidak membebankan pihak sekolah dengan membantu dari segi penjimatan kos kertas dan sebagainya.

TEMPLAT PELAPORAN GABUNGAN 2018

A. HALAMAN

Templat Pelaporan Gabungan 2018 mengandungi lima halaman (sheet tab) iaitu :

  1. PANDUAN
  2. REKOD PRESTASI MURID
  3. LAPORAN MURID
  4. DATA PERNYATAAN
  5. GRAF PELAPORAN

PANDUAN

Mengandungi maklumat berkaitan panduan penggunaan Templat Pelaporan Gabungan 2018 bagi kegunaan guru kelas.

REKOD PRESTASI MURID

Guru kelas perlu melengkapkan maklumat yang berkaitan seperti:

  • SEKOLAH : -Nama Sekolah
  • ALAMAT : - Alamat Sekolah
  • PELAPORAN: - Pentaksiran Pertengahan tahun / Pentaksiran Akhir Tahun
  • NAMA GURU: - Nama Guru Kelas
  • KELAS/TINGKATAN: - Nama Kelas
  • NAMA GURU BESAR/ PENGETUA: - Nama Guru Besar/ Pengetua
  • MP1 – MP16 : Menentukan nama mata pelajaran bagi kelas masing-masing dengan membuat pilihan dari senarai yang telah disediakan pada sel berkenaan.
  • TAHAP PENGUASAAN: Melengkapkan TP Keseluruhan pada setiap mata pelajaran dengan merujuk TP Keseluruhan dari setiap mata pelajaran yang diperolehi dari setiap guru mata pelajaran.

LAPORAN MURID

Guru Kelas boleh mencetak laporan setiap murid dengan merujuk kepada senarai nama murid yang dipilih dari senarai yang disediakan. Ulasan tambahan boleh ditulis pada templat atau secara manual jika ada. Ulasan tambahan tidak dijana secara automatik


DATA PERNYATAAN

Halaman ini memaparkan semua tafsiran Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi semua mata pelajaran yang berkaitan untuk panduan guru.

GRAF PELAPORAN

Memaparkan graf analisis kepadaTahap Penguasaan Keseluruhan bagi semua murid dalam kelas berkenaan. Tujuan analisis adalah untuk melihat secara keseluruhan tahap perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu kelas.

B. CIRI-CIRI TEMPLAT

Templat Pelaporan Gabungan 2018 memberikan ciri-ciri tambahan yang baru untuk memudahkan guru merekodkan dan menguruskan pelaporan Tahap Penguasaan Keseluruhan murid bagi sesuatu kelas.
  • Penentuan Mata Pelajaran : Guru Kelas boleh menentukan sendiri aturan mata pelajaran yang terlibat bagi kelas masing-masing tanpa melibatkan mata pelajaran lain yang tidak berkaitan.
  • Senarai mata pelajaran telah disediakan untuk pilhan serta memberikan petunjuk jika mata pelajaran yang sama telah dipilih (warna merah).
  • Lajur dan Baris : Lajur (column) dan baris (row) yang boleh disesuaikan dengan keperluan guru iaitu boleh ditutup (hide) dan saiz kelebaran serta ketinggian juga boleh diubah.
  • Format Sel : Format sel juga boleh diubah jika perlu seperti saiz, jenis dan warna tulisan (font) mengikut keperluan jika ada. Antara keperluan lain kepada ciri-ciri ini adalah untuk pengurusan cetakan yang lebih mesra pengguna.


C. PENUTUP

Templat Pelaporan Gabungan 2018 ini boleh digunakan kepada semua kelas dan tingkatan. Guru Kelas perlu memastikan templat yang digunakan adalah mengikut Tahun/Tingkatan yang betul kerana setiap Tahun/Tingkatan akan memberikan tafsiran Tahap Penguasaan yang berbeza bagi sesetengah mata pelajaran mengikut DSKP masing-masing

Muat Turun
1. Manual Pengguna Templat Pelaporan PBD Gabung 2018

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

Baca Juga
1. Templat Pelaporan PBD Tahun 2 & Tingkatan 2
2.  14 Panduan Pelaksaan Pentaksiran Bilik Darjah
3. Bahan DSKP KSSM Tingkatan 3 Kegunaan 2019
4. Template dan Pelaporan Dalam Bahasa Inggeris


أحدث أقدم