Tips Penting Merawat HFMD - Public Health Malaysia

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.


Jom baca tips penting merawat HFMD yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia. Mohon penjaga ambil maklum mengenai beberapa tips penting berikut

  1. 7 hari pertama merupakan tempoh paling berisiko untuk penyakit ini merebak dan menjangkiti kanak kanak lain.
  2. Pesakit HFMD perlu di asingkan selama 10 hari bermula dari hari permulaan gejala
  3. Dalam tempoh pengasingan ini, elakkan membawa kanak kanak ke luar rumah terutamanya di kawasan yang padat seperti pasaraya, pasar malam, taman permainan dan lain lain.
  4. Pastikan kanak kanak minum air dan tidak dehidrasi. Kencing yang pekat atau kurang kending merupak antara petanda awal air badan berkurangan.
  5. Ice cream dan minuman yang sejuk mengurangkan kesakitan dalam mulut.
  6. Hal ini penting kerana air, makanan berkhasiat serta rehat yang mencukupi adalah faktor yang mempercepatkan penyembuhan
  7. Kanak kanak boleh kembali ke sekolah/ tadika sekiranya tiada lagi gejala demam dan ruam telah kering sepenuhnya
  8. Dapatkan pengesahan doktor sebelum mula membawa anak ke sekolah
  9. Setakat ini hampir 40 ribu kanak kanak di Malaysia telah di jangkiti dengan virus ini dengan 1 kematian. 
  10. Peranan ANDA dalam membantu usaha pencegahan penularan penyakit ini adalah amat di alu alukan๐Ÿ™๐Ÿผ๐Ÿ™๐Ÿผ๐Ÿ™๐Ÿผ


Kongsikan informasi ini agar wabak ngeri ini dapat di hentikan

Sumber: Public Health Malaysia
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url