Petisyen Bagi Mewujudkan Pusat Asuhan Khas Untuk Warga KKM


Tiada ucapan atau kata-kata yang mampu menggambarkan betapa hancur berkecainya hati seorang ibu saat mengetahui anak yang disayangi tiada lagi di dunia. Hiba rasa hati seorang ayah menangis dalam sedu menerima ketentuan Ilahi dengan ujian yang begitu berat.
Hanyalah doa yang berterusan yang mereka perlukan untuk terus kuat menerima takdir yang tidak termimpi ini.

Kami dari Delegation Of Nurses dengan penuh rasa simpati dan empati mengucapkan salam takziah di atas kehilangan anak mereka.

Sememangnya anak itu menanti kalian di pintu syurga.

Innalillahhiwainnailahirajiun...al fatihah

#delegation_of_nurses

Kami menyediakan poll ini khas untuk warga kesihatan yang memerlukan pusat asuhan sepanjang bekerja syif untuk dipanjatkan kepada Kementeri Kesihatan Malaysia untuk perhatian dan pelaksanaan yang sewajarnya.

Sign Petisyen Sini

Sumber: Delegation Of Nurses