Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Kemudahan Penajaan Sepenuh Masa Sesi 2019 - Sarjana Dan PhD

Admin
Image By Faculty Focus

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon kemudahan penajaan di peringkat Sarjana (dalam negara sahaja) dan Kedoktoran (Ph.D) (dalam dan luar negara) Secara Sepenuh Masa Sesi 2019.

Permohonan dibuka mulai 9 Julai 2018 sehingga 3 Ogos 2018.

Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama PBG kecuali Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat boleh melayari portal eSila JPA untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan.

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Garis Panduan bagi Kemudahan Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan beserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2018 (Selasa) jam 5.00 petang kepada:

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali
Tel: 03-8884 7931/03-888 7947
Faks: 03-8884 7925
E-mel: sakinah.abas@moe.gov.my/paridah.ali@moe.gov.my

Muat turun

1. Garis Panduan bagi Kemudahan Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.