Guru Memperlekehkan Pekerja Kantin Sekolah. Betul Ke? Tepukkkkk


Beberapa hari lepas viral tentang Guru Memperlekehkan Pekerja Kantin Sekolah iaitu kakak kepada yang tweet thread iaitu Aliff Haqemee. Tweet dipost jelas menunjukkan beliau tidak puas hati terhadap seorang guru (tidak dinyatakan nama sekolah) tentang sikap biadap kerana memperlekehkan pekerja kantin (kakak beliau) dengan mempersoalkan taraf pendidikan beliau. Sama ada betul atau tidak cerita ini, hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.

Jika betul guru tersebut melakukan perbuatan sedemikian, tak perlu lah menghukum dengan cara memalukan dan menjatuhkan air muka guru tersebut dengan cara tweet seperti itu. Jika tak puas hati, seeloknya berdepan dengan guru tersebut dan menegur dengan cara berhemah. Guru pun bukannya tidak pernah melakukan kesilapan. Ada juga silapnya.

Jika tweet iu hanya semata-mata fitnah untuk menaikkan nama di twitter, instagram dan menfamouskan diri, TAHNIAH anda sudah selangkah mencipta satu sistem MLM (Multi Level Marketing) dosa dengan jayanya. MLM yang anda cipta akan terus merebak tanpa di kawal lagi.

Pada masa ini, menjadi satu trend rakyat Malaysia mengutuk guru tak kira sama ada pelajar, ibubapa mahupun pekerja kerajaan yang lain. Mereka mengutuk guru kerana bilangan guru sangat ramai dalam sektor kerajaan. Dengan mengutuk guru, mereka berharap dapat menaikkan nama mereka dalam instafamous dan sebagainya.

p/s: Sepanjang tempoh mengajar, tak pernah lagi saya tanya taraf pendidikan mak cik kantin..huhu...Apa lagi tepukkk..





Previous Post Next Post