Bukan Sekadar Boroi - Public Health Malaysia
Admin
p/s Info diperolehi dari facebook Public Health Malaysia
Sila ambil perhatian sekiranya anda memiliki:
✅ Ukur lilitan pinggang melebihi 35 inchi bagi wanita
✅ Ukur lilitan pinggang melebihi 40 inchi bagi lelaki.
Ini adalah kerana lemak aktif yang terkumpul di perut yang boroi itu adalah dalang kepada pelbagai penyakit metabolik.
Ikuti kupasan PHM mengenai isu perut boroi.
.
Lemak Bawah Kulit vs Lemak di Perut
Terdapat 2 jenis lemak di tubuh manusia.
Lemak subcutaneous yang terletak di bawah permukaan kulit adalah lemak yang di temui di bawah lengan, kaki dan dapat di rasa dengan sentuhan.
Lemak yang terkumpul di perut yang boroi pula terdiri dari lemak di bawah lapisan kulit serta lemak yang berhimpun di dalam ruang abdomen yang di kenali sebagai lemak viceral.
.
Mengapa Perlu Bimbang Mengenai Lemak Di Perut?
✅ Lemak yang terkumpul di perut yang boroi akan menyelaputi organ yang terdapat di sekitar kawasan abdomen.
✅ Antara organ yang terjejas akibat pengumpulan lemak di perut yang boroi adalah usus, pankreas ( organ untuk merembes insulin), hati, usus dan jantung.
✅ lemak di perut yang boroi juga merupakan lemak “aktif” di mana ia boleh mempengaruhi hormon dan fungsi organ.
✅ Lapisan lemak aktif ini akan menjejaskan sensitiviti organ kepada hormon insulin lalu menyebabkan penyakit kencing manis.
Penyakit lain yang berkaitan dengan perut boroi adalah
- Serangan jantung
- Kanser payudara
- Kanser usus
- alzheimeir (nyanyuk)
- Kencing manis
.
Cara Menghapuskan Lemak Di Perut Yang Boroi
Bengkung Sajat tidak mampu menghapuskan lemak jahat di perut!
✅ Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis
✅ Tingkatkan pengambilan protein
✅ Kurangkan pengambilan karbohidrat
✅ Senaman secara berkala (penting)
✅ Pemakanan sihat dan seimbang
✅ Tidur yang mencukupi
✅ Kurangkan stress
✅ Berhenti merokok
* stress akan menyebabkan rembesan hormon kortisol yng merupakan punca pengumpulan lemak diperut.