Aplikasi Alarmy Khas Untuk Yang Susah Bangun Tidur

Aplikasi ALARMY. Aplikasi loceng yang akan menyelamatkan subuh dan pagi anda. Aplikasi ini mendapat anugerah 'the most annoying apps' oleh pengguna di Play Store.

.
Bayangkan loceng kalau dah berbunyi tak boleh 'snooze', tak boleh tutup telefon, tak boleh uninstall, tiada had tempoh bunyi loceng dan bunyi yang menyakitkan telinga.
.

Memang khas untuk heavy sleeper. Sebab tu tagline apps ini 'Sleep if you can'. Untuk tutup loceng pengguna boleh sama ada tutup cara normal atau kena ambil gambar tertentu, atau goncang telefon atau selesaikan masalah matematik atau scan bar code tertentu.


Macam saya pilih untuk ambil gambar barang dan barang tu saya letak betul betul dekat tandas.


Jadi bila loceng berbunyi tiada cara untuk matikan loceng melainkan perlu bangun dari katil, bawa telefon ke tandas, ambil gambar barang barulah akan berhenti.

Jadi segar terus mata bila kelam kabut ambil gambar barang pagi pagi buta. Memang menyakitkan hati.

Haha. Selamat mencuba.
.
Kredit : Fakry Fadli