Punca - Punca Batuk


Batuk boleh dikategorikan kepada akut dan juga kronik. Jenis akut adalah simptom yang berlaku kurang daripada 3 minggu. Manakala, masalah yang lebih daripada 8 bulan pula dikategorikan sebagai batuk yang kronik.

Punca batuk yang akut:

  • Selesema
  • Jangkitan tekak(Acute pharyngitis)
  • Jangkitan tonsil(Acute tonsilitis)
  • Terhidu bahan yang menyebabkan iritasi
  • Jangkitan paru-paru
  • Asma yang terkawal
  • Resdung(allergic rhinitis)
  • Jenis masalah yang akut pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu disebabkan jangkitan kuman ataupun tidak


Jangkitan kuman: selalunya masalah jenis ini akan menyebabkan pesakit mengalami demam, rasa sejuk, sakit-sakit badan, sakit tekak dan selesema. Ia juga menyebabkan seseorang itu mempunyai kahak

Bukan disebabkan jangkitan kuman: Simptom ini berlaku apabila seseorang terdedah pada bahan kimia ataupun bahan yang menyebabkan iritasi pada tekak.

Punca batuk kronik

  • Asma yang tidak terkawal
  • Bronchitis
  • Gastroesophageal reflux disease(GERD). Keadaan ini berlaku dimana asid didalam perut naik ke bahagian esofagus hingga ke bahagian tekak. Ini menyebabkan iritasi pada bahagian tekak dan menyebabkan batuk berlaku.
  • Sinusitis
  • Chronic obstructive air way disease(COAD). Penyakit ini berlaku disbebakan orang yang merokok
  • Cystic fibrosis
  • Ubat tekanan darah tinggi jenis ACEI(angiotensin converting enzyme inhibitor)
  • Tuberculosis/TB
  • Kanser paru-paru


Batuk adalah suatu simptom yang selalu dihadapi oleh kita. Jika masalah ini baru berlaku sehari dua dan tidak terlampau serius, rawatan dirumah sahaja sudah cukup untuk masalah tersebut. Akan tetapi ada beberapa keadaan yang anda perlu berjumpa dengan doktor. Ianya adalah;

  • Batuk berdarah
  • Mengalami masalah sesak nafas
  • Nafas yang berbunyi
  • Simptom yang melebihi seminggu
  • Batuk berterusan hingga muka menjadi merah atau biru(untuk kanak-kanak)
  • Terlampau letih

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://ediagnosa.com

Rujukan
1. https://ediagnosa.com
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url