Jenis - Jenis Ubat Batuk


Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk kita. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema.

Sebenarnya, batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan irritant (penganggu).

Ada dua jenis batuk yang utama:

  • batuk yang berkahak (productive cough)
  • batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)

Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenalpasti jenis batuk yang anda alami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.


JENIS-JENIS UBAT BATUK

  1. Expectorant (penyingkir kahak) - Sesuai untuk batuk berkahak (Contoh: Mucolix, Bisolvon)
  2. Antitussive (hambat batuk) - Sesuai batuk kering (Contoh:Copastin, Codeine, Benadryl)
  3. Anti-asthmatic (ubat lelah) - Untuk batuk asma (Contoh: Ventolin, Bricanyl)
  4. Decongestant (ubat selsema) - Hingus mengalir ke belakang(post nasal drip) boleh sebabkan batuk (Contoh: Loratadine, Clarinase, Actifed)
  5.  Antibiotik - Diberi jika doktor mengesyaki anda ada jangkitan bakteria 
  6.  Lozenge - Pelega tekak gatal (Contoh: Troches)


Jika rawatan di rumah tidak mujarab, jangan tunggu lama untuk melawat doktor. Tidak semua batuk perlukan antibiotik kerana tidak semua batuk disebabkan jangkitan bakteria.

Rujukan
1. http://farmasianis.tripod.com
2. Tweet Dr. Kamarul Ariffin
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url