Ramai Yang Tak Tahu Khasiat Kacang Botol


Sumber: Taufiq Razif 

Ajar Anak Kita Makan Kacang Botol Ni

Nampak je cikai, hodoh dan murahan tapi khasiat kacang botol ataupun nama saintifiknya Psophocarpus Tetragonolobus sangat banyak!

Sangat tinggi Vitamin C. Kira-kira 18.3 mg Vitamin C dalam 100 gram kacang botol ni. Nak anak kita kulit cantik ke sistem imun yang kuat ke boleh la bagi anak kita makan kacang botol ni.

Protein 100 gram kacang ni pun melebihi protein yang ada di dalam 100 gram soya! Lagi berkhasiat kalau dicicah dengan budu. Sedap pun dapat, khasiat probiotik untuk kesihatan usus anak kita pun dapat!

Siapa kata semua makanan murah tak berkhasiat? Jom ajak yang lain borong kacang botol ni untuk buat juadah buka puasa dan sahur. Rebus ke makan mentah ke tak kisah, asal makan je 😁

Jangan lupa join telegram Dr. Taufiq Razif. Channel Telegram Terbesar Malaysia ye. Klik je link ni untuk join 👉 t.me/NotaTaufiqRazif