Resepi Grilled Steak Yang Sedap


Sumber: Google

Bahan-bahan

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Selamat mencuba!!!

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url