Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Program Pertukaran Pelajar Ke Hiroshima City University

Admin

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR KE HIROSHIMA CITY UNIVERSITY (HCU), HIROSHIMA, JEPUN

Dengan segala hormatnya sukacita saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Program Pertukaran Pelajar bagi tahun 2018. Hiroshima City University (HCU), Hiroshima, Jepun merupakan rakan strategik CenPRIS sejak tahun 2016 dalam memperkukuhkan jalinan perhubungan antarabangsa dan kolaboratif pendidikan antara Malaysia dengan Jepun.

Bagi tahun 2018, program-program sedia ada akan diteruskan. Sehubungan dengan itu, CenPRIS amat menggalakkan penyertaan para pelajar USM di dalam program ini. Pelbagai aktiviti menarik berunsurkan pendidikan dan sebagainya telah dirangka dengan penuh teliti. Melalui aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan, para pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran interpersonal terutamanya dalam kemahiran komunikasi serta membina imej diri yang positif dan berkeyakinan tinggi. Para pelajar juga akan turut didedahkan dengan kebudayaan penduduk setempat serta belajar untuk menghormati dan menghargai budaya tersebut. Para pelajar juga berpeluang untuk menjadi duta kecil bagi mewakili negara amnya dan Universiti khususnya dalam membina rangkaian persahabatan sejagat bersama-sama masyarakat luar negara. Para pelajar turut berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga angkat warga Jepun sepanjang tempoh program tersebut. Program ini merupakan program berbayar yang perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelajar.

Bersama-sama ini disertakan borang permohonan bagi program ini. Borang tersebut perlu dikembalikan ke Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) selewat-lewatnya pada
15 Mei 2018 (Selasa) kepada Puan Aniza Daud.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Sazlina Md. Salleh di talian 04-6534539 atau melalui e-mel di sazlina@usm.my

Sekian.

Salam hormat,
Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk
Pengarah
Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS)

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.