Kesuburan Lelaki


Adakah onani boleh memberi kesan pada tahap kesuburan seseorang lelaki itu?
Onani sebenarnya tida ada bezanya dengan hubungan seksual yang biasa. Hal ini kerana sama ada onani ataupun hubungan kelamin, kedua-duanya akan menyebabkan seseorang itu mencapai orgasma dan seterusnya berlakulah ejakulasi.

Oleh itu bagi seseorang yang mengalami masalah berkaintan kesuburan seperti kekurangan kandungan sperma dalam air mani, mereka haruslah cuba elakkan diri daripada melakukan onani pada saat isteri sedang dalam keadaan subur. Kerana bimbangkan perbuatan tersebut akan menyebabkan kuantiti sperma tidak mencukupi bila tiba saat ia diperlukan. Walau bagaimanapun kesan onani ini tidak mempunyai kesan negative jangka panjang terhadap buah zakar.

Bolehkan saya menggunakan bahan pelincir sewaktu mengadakan hubungan kelamin?Kebanyakan bahan pelincir yang digunakan sewaktu melakukan hubungan kelamin mempunyai kesan toksik pada sperma. Oleh itu penggunaanya perlulah dielakkan.

Namun bagi wanita yang bermasalah untuk mengeluarkan pelincir sendiri ketika dirangsang, mereka terpaksalah menggunakannya untuk mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan hubungan kelamin. Dalam keadaan ini, bahan pelincir yang digunakan perlulah dalam kadar yang paling minima.

Berapa kerapkah perlu saya melakukan hubungan kelamin?
Kekerapan untuk setiap pasangan itu melakukan hubungan kelamin adalah berdasarkan kepada mereka sendiri. Jika dirasakan ia menyeronokkan,lakukanlah sekerapnya.

Akan tetapi bagi yang dalam usaha untuk mendapatkan anak, hubungan kelamin sangatlah digalakkan ketika isteri sedang dalam keadaan subur.

Adalah saya perlu bimbangkan tentang kesuburan jika saya menghidapi masalah penyakit kelamin?
Bagi kaum lelaki, kebanyakkan penyakit kelamin yang dihadapinya akan menyebabkan kerengsaan. Biasanya penyakit-penyakit kelamin ini jarang menyebabkan masalah kesuburan untuk satu jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, masalah yang tidak dirawat segera akan menyebabkan jangkitan pada organ-organ sekitar alat kelamin seperti jangkitan pada tiub yang berfungsi untuk menyalurkan sperma dan pada kelenjar pengumpulan sperma.

Untuk pengetahuan jika kedua-dua organ ini dijangkiti gonorrhea atau Chlamydia, kesuburan seseorang itu boleh terganggu kerana system pengankutan sperma telah dihalang. Akan tetapi penghasilan sperma tidak terjejas melainkan penyakit tersebut merebak ke testis.

أحدث أقدم