Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Ebook Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Admin

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI APLIKASI DI SEKOLAH 

Asas kepada kejayaan sistem pendidikan terletak pada kualiti Kurikulum Kebangsaan, sekali gus menentukan kualiti modal insan yang dihasratkan. Justeru, keutamaan KPM adalah membina satu kurikulum yang memenuhi piawai antarabangsa dengan menekankan aspek kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.


Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan generasi masa depan Malaysia yang
seimbang serta menguasai kemahiran abad ke-21. Murid yang menguasai kemahiran abad ke-21 dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk bersaing di peringkat global. Kemahiran ini selari dengan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu setiap murid akan mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah diperkenalkan dalam Kurikulum
Kebangsaan pada tahun 1994 melalui KBSR dan KBSM. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula telah diperkenalkan mulai 2011 sebagai satu usaha untuk memperkukuh dan memperkasakan kemahiran berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran menaakul. Pelbagai kemahiran berfikir telah digabungkan bagi tujuan membuat pertimbangan dan penilaian dalam menyelesaikan masalah.

Lihat juga Konsep KBAT

Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang
dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistemik yang merangkumi tujuh elemen yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. Semua elemen ini menyokong antara satu sama lain seperti Rajah 1.

KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.

Sumber: KPM

Muat turun ebook KBAT yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

 KBAT



Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.