Globalisasi Pendidikan
Admin
Isu: Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan
Globalisasi menurut kamus dewan edisi keempat ialah proses yang membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi, kebudayaan dan lain-lain disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka kepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Selain itu mengikut Plato, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976) menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah taraf pendidikan yang semakin meningkat, pertambahan bilangan penduduk, desakan awam, peningkatan teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.
Walaupun Globalisasi membawa faedah kepada setiap Negara namun kesan globalisasi amat dirasai oleh Negara-Negara membangun dan sedang membangun seperti Malaysia kerana Negara tersebut perlu bersaing dengan Negara yang maju dalam pelbagai bidang contohnya ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan sumber manusia. Glabalisasi dalam dunia pendidikan sekarang ini memang diperlukan untuk menghadapi tentangan global. Namun demikian globalisasi pendidikan hendaklah tidak meminggirkan masyarakat kita yang termasuk dalam golongan yang lemah agar kemajuan bangsa dapat dinikmati bersama.
Mengikut pandangan lain, globalisasi merujuk kepada satu cara hidup tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globlisasi ini lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun dalam bidang pendidikan, globalisasi juga tidak terkecuali. Di samping itu, globolisasi dalam pendidikan menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan di Malaysia seterusnya mewujudkan sistem pendidikan yang cemerlang di seluruh dunia. Selain itu, impak globalisasi kepada bidang pendidikan ialah pendidikan menjadi sejagat atau luas iaitu dimana semua individu boleh mendapat pendidikan yang sama tanpa mengira taraf ekonomi, sosial dan sebagainya.
Dalam era globalisasi, isu dan cabaran globalisasi yang sentiasa dibincangkan ialah pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang memberi kesan kepada semua masyarakat terutama dalam bidang pendidikan. Kemajuan dunia globalisasi telah menukar cara pemikiran kita dalam mengikut arus pembangunan. Ledakkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan TMK telah meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita secara meluas tanpa batasan. Di samping itu juga, pengaruh TMK telah mempengaruhi gaya hidup rakyat Malaysia secara amnya dan pelajar secara khususnya dalam bidang pendidikan.
Pengaruh TMK di era globalisasi ini dalam bidang pendidikan menyediakan peluang pendidikan yang luas kepada semua individu dengan menyediakan kemudahan contohnya komputer untuk proses pembelajaran. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya kita tidak ketinggalan. Justera, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara yang maju dalam arus globalisasi.
Kepesatan arus gloablisasi ini juga akan membuatkan pemikiran generasi muda kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dalam pelbagai bidang terutama bidang pendidikan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang disediakan. bekas Perdana Menteri pernah berkata ketika membentang rancangan Malaysia Ke Sembilan bahawa dalam kontek dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Oleh itu bekas Perdana Menteri berharap agar Negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menjadi Negara yang maju menjelang 2020 seiring dengan barisan Negara yang maju yang lain dalam pelbagai bidang terutama bidang pendidikan.
Pengaruh TMK dalam bidang pendidikan mengubah corak dan sistem pendidikan di Malaysia dimana pelbagai peluang-peluang pendidikan terbuka luas tanpa batasan kepada semua pelajar dengan adanya pelbagai kemudahan seperti institusi pengajian tinggi awam atau swasta . Di samping itu juga, dengan adanya pengaruh TMK dalam era globalisasi ini membolehkan para pelajar melanjutkan pelajaran malalui sistem pendidikan jarak jauh yang lengkap apabila pelajar mempunyai kemahiran untuk menggunakan TMK. Pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengira masa, tempat dan sebagainya boleh dilakukan sendiri di era globalsiasi sehingga mewujudkan pembelajaran tanpa sempadan.
Namun kesan negatif globalisasi terhadap pendidikan memberikan tekanan kepada para guru untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani keperluan globalisasi dalam pendidikan. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan bagi menghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya saing menjelang Wawasan 2020. Kesan globalisasi dalam pendidikan juga akan memingirkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Ini terjadi apabila murid mendapatkan maklumat menggunakan internet dimana sebahagian besar maklumatnya dalam bahasa Inggeris. Jika hal ini berlaku, mungkin bahasa Malaysia akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat.
Kesimpulannya, globalisasi dalam pendidikan sangat penting dalam meningkatkan mutu pendidikan Negara kita setaraf dengan Negara maju yang lain. Semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah-langkah komprehensif bagi mencapai kemajuan bersama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Dengan globalisasi dalam pendidikan diharapkan semua masyarakat terutama dalam bidang pendidikan dapat bersaing dengan dunia luar. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.