Cara Mudah Tingkatkan Skor SEO Website - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Monday, October 9, 2017

Cara Mudah Tingkatkan Skor SEO Website


Ramai di antara blogger sudah tahu cara untuk meningkatkan skor SEO blog apabila disemak di http://chkme.com . Sudah lama saya tidak cuba untuk menyemak skor seo, namun mengejutkan kerana skor SEO saya adalah 61% sahaja..Jika skor SEO blog kita tinggi tetapi kualiti penulisan blog tidak ada, ini sangat tidak bermakna.  Skor SEO tinggi tidak akan mempengaruhi ranking google jika gaya penulisan tidak mantap. Jadi, pastikan gaya penulisan mantap dan skor seo adalah tinggi bagi menjamin ranking di google.


Bagi menaikkan kembali skor SEO di blog www.kickstory.net, saya telah cuba membetulkan template blog. 2 langkah mudah untuk menyelesaikan isu ini

1. Aktifkan deskripsi blog

a) Log in Blogger
b) Pilih Setting, kemudian pilih Search Preferences
c) Aktifkan dengan tick YA kemudian masukkan deskripsi blog kita. Selepas itu klik Simpan




2. Pasang meta keyword di blog

a) Masuk ke Blogger
b) Pilih Theme dan klik Edit html
c) Kemudian masukkan script berikut di bawah
 <head>  

 <b:if cond='data:blog.homepageUrl == data:blog.url'><meta expr:content='data:blog.title' name='keywords'/></b:if>    
 <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><meta expr:content='data:blog.pageName' name='keywords'/></b:if>  

d) Klik simpan.

#pastikan sudah memasang widget popular post dengan thumbnail sebelum memasang meta keyword.


Selepas dah selesai boleh lah menyemak kembali skor seo blog kita. Selamat mencuba. SHARE jika bermanfaat








(Baca juga) Semak Kelajuan Website

No comments:

Post a Comment