Permohonan Program Perubatan Sesi 2017/2018 - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Tuesday, February 14, 2017

Permohonan Program Perubatan Sesi 2017/2018



Assalamualaikum wbth,

ALHAMDULILLAH! Pendaftaran Program Perubatan untuk sesi pengajian 2017/18 telah DIBUKA. Terima Kasih kerana memilih MedicMesir. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun ke 9 MedicMesir menguruskan kemasukan pelajar perubatan ke bumi Mesir.
Permohonan ini adalah KHAS untuk program PERUBATAN, PERGIGIAN dan FARMASI di MESIR.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. SYARAT KELAYAKAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Permohonan terbuka kepada semua lepasan SPM / Matrikulasi / Asasi.

2. Syarat keputusan SPM untuk melanjutkan program perubatan adalah minima B didalam 8 subjek utama iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

3. Sila ambil maklum bahawa, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir hanya mengambil kira keputusan SPM sahaja. Bagi pelajar matrikulasi atau A Level, hanya keputusan SPM yang akan diambil kira.

4. Pelajar yang layak akan terus masuk tahun 1 di Mesir tanpa perlu mengambil matrikulasi / foundation.

5. Pelajar dinasihat agar memohon awal. Pelajar berhak MENOLAK TAWARAN yang diterima, jika TIDAK BERMINAT atau mendapat TAWARAN LAIN.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B. TATACARA MEMOHON.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pemohon SPM selain SPM 2016 boleh mula memohon dan mengisi keputusan SPM anda.

2. Email ke medicmesir@gmail.com 4 dokumen penting (slip spm, kad pengenalan, gambar size passport, sijil lahir)

3. MM akan memberi jawapan dengan menghantar SURAT TAWARAN SEMENTARA kepada semua pemohon yang layak.

4. Bagi pemohon SPM 2016, sila isikan maklumat anda di link ------> bit.ly/maklumanawalpermohonan2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
C. TAKLIMAT MEDICMESIR
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemohon serta IbuBapa / Penjaga dinasihat agar menghadiri taklimat 2 jam PERCUMA di semua lokasi dibawah. Taklimat untuk sesi ambilan tahun 2017/18 akan bermula pada Januari 2017. Oleh itu, mohon daftar dilink dibawah bagi mendapat makluman taklimat dari semasa ke semasa.
Daftar makluman taklimat ------> bit.ly/maklumantaklimat2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
D. MAKLUMAT LANJUT
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Segala pertanyaan lanjut sila berhubung dengan talian2 dibawah. InshaAllah, kami sedia membantu :
a. En Fakrul 019 3106167
b. Cik Nadirah 013 3023030
c. Dr Ahmad 013 3061313
d. UmmiMM 019 6206167

Semoga dipermudahkan segala urusan. TerimaKasih kerana memilih MedicMesir.
Salam,
Cik Nadirah
0133023030

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Klik SINI untuk mohon
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment